November 29, 2010

Blues 11 p.m.

Tenenet..tenenet..ten..

Bunyi sms tak habis lagi aku dah tekan butang 'read'. Pantas macam harimau kumbang.

"Dah lama kita tak gaduh kan sayang? Jom gaduh nak?", sms daripada makwe.

Aku senyum.

"Malas lah gaduh, awak bukan pernah menang pun. Bosan, tak ada saingan.", aku balas.

3 comments:

fareeza mukhris said...

hahaha
ayat bongkak ooo
haha

.Gory. said...

Super duper punya perangai

jo said...

belum bertemu buku dgn ruas. boleh la lu sombong mael..