October 06, 2010

No I In Threesome



Internet.

Sekarang ni, aku dikelilingi banyak benda yang lebih menarik daripada internet. Sebab tu aku jarang update blog, apatah lagi nak baca blog orang. Kalau aku menghadap internet pun, aku lebih banyak habiskan masa dekat Youtube. Youtube, bukan Youjizz.

PS3.

Aku sekarang tengah main game Uncharted. Game ni, mula-mula macam bosan, nampak macam biasa, tapi bila dah masuk chapter 2, aku dah jadi tak nak berhenti, tak tidur malam dan tak hisap rokok. Gampit. Walau bagaimanapun, tetap tak boleh lawan Metal Gear Solid. Aku kasi 4 bintang laa untuk Uncharted. Tapi kadang-kadang game ni pun tak boleh harap, bosan jugak. Jadi sekali-sekala aku layan jugak Buletin 1:30 tu.

Violin.

Bilik aku sekarang dah jadi macam bilik Mohd Razali. Gitar, bass, xylophone, keyboard, violin, harmonica semua ada. Sampai aku kena tidur dekat hall. Taro lah rajin gila bawa balik instrument. Jadi, sekarang aku rasa nak belajar main violin. Amacam?

Tapi, Mohd Razali tu siapa sebenarnya? Cilake betul.

1 comment:

Amal said...

belajar lah oi! nanti kau dah terer main, kau belikan aku violin satu.