October 17, 2010

Mother of all blues

Setelah dua kali kecewa dengan perempuan yang sama, maka itu hari aku bagitau dia, aku tak akan layan dia lagi. Tak akan balas sms dia, tak akan layan phone call dia. Aku perlu masa untuk lupa those sunny days. Amacam, jiwang tak blog ni?

Aku peduli apa.

Tadi malam, dia hantar sms sebelum aku keluar pergi tengok wayang dengan kawan-kawan.

"Are you still mad at me?"

Macam aku cakap, aku tak akan balas sms dia. Kalau aku balas pun, dengan cara macam ni, aku tulis dekat blog. Apa guna ada blog kalau asyik cerita pasal makanan sampai lupa nak cerita jiwang? Kah kah kah.

Aku tau dia baca blog ini dengan status silent reader.

Sebab petang tadi, aku ada dapat lagi satu sms daripada dia.

"Ayah awak ok?"

And what the hell, aku balas sms yang ini.

Siap dengan sms susulan.

1 comment:

syed hafeez said...

lu ada kredit tak ni sebenarnya?