October 09, 2010

Little Birds Convention #3

Pedulikan hal-hal yang berkaitan dengan zina, mari aku cerita pasal event yang aku pergi sebentar tadi.

Tahun ni, tahun ketiga Little Birds Convention diadakan. Kalau tahun lepas punya LBC ada panggil Ken Stringfellow dari US main, LBC kali ni diorang panggil Bottlesmoker dari Indonesia pula. Bottlesmoker ni kau nak tau stedi ke tak stedi, pergi usha dekat Myspace/Facebook/Youtube diorang. Another performing act was Khottal. Disebabkan ini event diorang yang organize, maka memang wajib diorang perform gila babi. Dan tadi, memang gila babi pun performance diorang.

Selain nyanyi-nyanyi, LBC kali ni ada screening, kalau tak silap aku, Indie Rock Darling tajuk dia. Razaisyam Rashid punya filem. Masa tayang filem ni, aku lepak luar usha makwe orang lalu-lalang. Sempat tengok last last je. Tapi diorang cakap seronok.

Gig LBC ni sebenarnya, adalah gig yang paling stedi di dunia kalau kau nak tau. Sebabnya, selain free of charge, LBC jugak ada makan-makan dan minum-minum free. Walaupun sekadar cupcakes dengan air Long Chan, kau bagitau aku, selain ini, event mana lagi yang ada kasi makan minum free? Mana ada!

Ok, kenduri arwah tu lain cerita la.

2 comments:

Amal said...

asal tak buat kat KL weh? aku nak tengok khottal lagi

Ikman said...

maskara shorties beb.
makan nasik goreng free.
haha.