October 16, 2010

Kali terakhir aku mesin rumput, 2 tahun lepas.

Bangun pagi tadi, ok, tengah hari sebenarnya, macam biasa, henfon aku berterabur atas lantai. Bateri tercabut, casing bersepah. Selalunya, kalau aku perasan, aku akan kutip balik dan pasang cepat-cepat untuk tengok sms daripada makwe, dan terus bangun daripada tidur. Tapi semenjak dah tak ada makwe, aku akan biarkan henfon aku berterabur di atas lantai, dan cuba untuk sambung tidur.

Tapi pagi tadi, ok, tengah hari sebenarnya, bila aku kutip, pasang bateri dan on henfon aku, ada 2 misscall dari nombor yang familiar. Kakak aku. Ya, aku memang jarang save nombor telefon orang-orang yang dekat dengan aku. Aku lebih suka hafal nombor telefon mereka.

Jadi aku hantar sms, "Wassup?"

30 saat kemudian, dia call.

"Kitorang semua dekat Jengka ni, dekat hospital. Abah masuk wad. Tiba-tiba pengsan pagi tadi."

Just for the record, kali terakhir aku ada perasaan macam ni, waktu nak SPM dulu.

3 comments:

.Gory. said...

Ho, serius? Macam mane abah kau?

ashraf sahdan said...

yup. ok je, cuma beza dia, malam ni tidur wad.

ateeka amer said...

bapak aku tak suka masuk wad. dia kata, percutian satu malam bersama nurse gojes yang membosankan. ye, dia sempat usha awek tuh masa dia eksiden dulu.