October 13, 2010

3 p.m. blues

"Am I that worst? :( cakap lah apa pun. I know what's real and what's not.", dia menegakkan keadilan bagi pihak diri sendiri.

***

Blog ni dah tak macam dulu, masa blog aku fasa pertama 2 tahun lepas (deleted). Masa tu lain, aku tulis benda yang betul-betul aku rasa sesuai orang lain baca. Masa mula-mula belajar blog memang lah, target aku nak cari follower ramai, lepas tu komen banyak. Kah kah kah. Macam setan.

Sekarang, aku tak peduli dah benda tu semua. Apa aku nak tulis, aku tulis. Kau tak suka, pergi main tempat lain, pergi curi selipar pengetua. Tapi sebenarnya, aku pun kadang-kadang rasa blog aku dah tak relevan. Lebih kepada elok dijadikan umpan unggun api. Tapi ini blog, benda dalam alam maya, tak boleh pegang. Lainlah kalau motor EX5 Syahir Arman, haa motor dia memang sesuai buat hidup unggun api.

Perempuan.

Ya perempuan. Aku rasa banyak jugak masa aku dibuang dengan menulis pasal perempuan dekat blog ni. Aku pun bila baca semula, aku rasa annoying gila. Tapi sedar tak sedar, sebenarnya selain daripada kenaikan harga rokok dan Futurama, mereka ni juga salah satu inspirasi untuk aku menulis benda baru.

Lebih-lebih lagi bila baru lepas putus cinta.

Jadi aku balas, "Kau ingat semua benda kau buat, orang lain suka?", sambil main PES 2011. "Hey macam mana aku boleh kenal dengan kau hah?", aku sambung.

2 comments:

Budak Setan ! said...

putus cinta pun putus cinta jugak..
jangan mengada2 nk tukar nombor weyhh...haha

Amal said...

hahaa. pyol ni bengong