September 02, 2010

Silently reflection turns my world to stone.

Aku start cuti raya esok. Jadi, technically, aku kena menunjukkan reaksi riang ria ataupun 'mood raya' seperti orang-orang lain, walaupun sebenarnya aku tak ada langsung semangat nak raya tahun ni.

What the fuck, dude?

Raya sudah tidak ada nilai estetik yang tinggi seperti 10-15 tahun yang lepas.

Ketika aku kecil dulu, nak tunggu raya tu memang best. Spirit lain macam. Ada satu permainan, yang memang orang main time bulan puasa saja. Main tikam. Aku tak tau kau pernah main atau tidak, tapi aku malas nak cerita tikam ni macam mana rupa dia. Kalau kau tak tau sangat, kau bayangkan Ouija board je. Kalau tak tau Ouija board, kau bayangkan Siti Hasmah berbogel (cikgu Lukisan Kejuruteraan dulu aku selalu cakap macam ni dekat budak-budak yang imaginasi cetek).

Tikam ni dia ada banyak. Paling top sekali masa aku main dulu, tikam dayak. Sasaran dia pula, memang budak-budak umur 10-20 tahun. Aku pun tak tahu sebabnya benda ini orang tak main bulan-bulan lain. Mungkin mereka rasa bertaruh di bulan puasa itu lebih true dan lebih senang disambar petir. Walau bagaimanapun, tikam ni dia punya popular, sama naik dengan meriam tanah. Kadang-kadang, kalau taknak kantoi dengan orang tua, kitorang akan main tikam dekat port meriam tanah. Meriam tanah ni, orang tua tak marah sangat, kecuali bapak Wan J, pasal kitorang main meriam belakang rumah dia. Ha ha ha.

Sebagai seorang darjah 4 yang comel, aku tidak mengambil serius tentang hal percintaan dan hanya berfikir tentang sesuatu kurang dari 10 saat. Yang aku fikirkan masa tu, bawa duit 20-30 sen, kemudian beli tikam 5-6 keping (sekeping 5 sen je dulu), dan berharap dapat tikam muka tok batin dayak. Kalau dapat ketua dayak, dapat laa RM 1. Kalau dapat bini tok batin, dapat laa 70 sen dan seterusnya mengikut pangkat dalam hierarki dayak. Biasanya, kalau ketua dayak dah kena tikam, orang dah tak main dah tikam tu. Tokey tikam akan buka 'table' baru (baca : tikam baru).

Sebenarnya, banyak lagi benda yang seronok time dulu-dulu, dah tak ada lagi sekarang. Dulu, malam bulan puasa, aku dan kawan-kawan akan pusing satu kampung, curi pelita. Satu rumah, satu pelita hilang. Lepas curi, sorang bagi salam, bila tuan rumah keluar, semua berterabur lari sambil berdekah-dekah. Ha ha ha.

Bila teringat balik, comel betul rasa kecil-kecil dulu. Tapi benda-benda tu semua budak-budak sekarang aku tengok dah tak buat. Budak umur 10 tahun sekarang, duduk rumah main PSP. Canggih. Mak bapak manjakan sangat. Sekali-sekala, kena lepaskan juga anak-anak ni dekat ladang sawit.

Baru dia tahan lasak dan kenal macam mana rupa hantu air.

4 comments:

.Gory. said...

Haha...Comel comel. Tapi, masa kecik dulu, tade pun auntie kedai tikam cakap ke aku halal haram.

Koyuki said...

tak de semangat juga nak raya ni..


selamat bercuti..

Anonymous said...

sebenarnya mase kecik2 dl maen romen la plg sedap skali..

-org RTM-

Fatin Aliyya said...

haha masyuk giler game ko maser kecik2..hehe.nice kot.:)