August 24, 2010

Rindu

Dulu aku sekolah asrama. Sekolah Sains Sultan Bola @ Sekolah Sains Shuffle, Kuantan. 5 tahun duduk asrama, aku rasa minda aku terbatas. Aku rasa jauh dari dunia luar. Macam penjara. Segala kemunafikan dunia, aku hanya tahu dari mulut-mulut orang yang bercerita, bukan dengan mata kepala aku sendiri. Anak-anak aku karang, jangan harap aku nak letak sekolah asrama.

Di asrama, kecuali kawan-kawan yang macam setan, menjadi pelajar 'wanted', semuanya tak best. Peraturan yang sangat ketat, CCTV di setiap helai daun, warden yang garang dan memaki hamun sesuka hati, pengawas yang kuat report, dan macam-macam lagi. (Disebabkan cerita lama aku tentang seorang warden dalam Aku, Dia dan Bintang yang first half pada tahun lepas telah diketahui dan disebarkan oleh pihak sekolah, maka aku akan berhenti bercerita tentang hal-hal bekas warden aku dulu. Ada juga pengawas barua yang baca blog aku rupanya. Ha ha ha. Stupid cunts!)

Walau bagaimanapun, tiba bulan puasa di asrama, aku rasa semuanya best. Bulan puasa, warden jadi tak berapa garang, prep malam jadi sekejap sebab ada solat tarawih, prep petang ganti dengan tadarus (baca : tidur di asrama), main petang bukan main lama, dan of course, makan sedap-sedap.

Tapi bagi aku dan beberapa dickheads lain, itu semua bukan nikmat bulan puasa yang sebenar.

Nikmat yang sebenar, datang selepas berbuka.

Selalunya, kalau bukan bulan puasa, lepas makan malam, semua pelajar terus bergerak ke surau untuk solat maghrib. Memang tak ada can nak pergi hisap rokok. Warden kepung 4 penjuru. Tapi bila bulan puasa, semua warden, GPK HEM, GPK Koko, semua pengawas barua, sibuk berbuka.

Me and those dickheads, kami makan pantas-pantas, lepas tu cepat-cepat pergi hisap rokok, dalam tandas perempuan. Masa dekat asrama, kalau dapat hisap rokok habis sebatang seorang, memang paling nikmat di dunia. Rokok pula bukan main mahal dekat asrama. Kalau rokok Halftime, seringgit dapat laa 3 batang. Tapi rasa macam mercun mancis. Kalau Dunhill, seringgit sebatang. Kadang-kadang, kalau waktu genting, boleh pergi sampai RM3 sebatang. Selalunya, sebatang rokok, 4 orang beratur.

Ha ha ha.

Kalau malam tu, rasa macam malas nak tarawih, kami akan fly ke Taman Tas lepas berbuka. Pergi cyber cafe. Masa tu kami belum kenal Dota, maka kami akan main Counter Strike, ataupun GTA Vice City. Prep malam start pukul 9 lebih, kami dah ada dalam kelas berpeluh-peluh baru lepas panjat pagar.

Selesai prep malam, ada pula makan-makan kat dewan makan. Ya, supper di sekolah aku, hanya berlaku ketika bulan puasa. Menu makan pagi dia bawa ke belah malam. Supper ni, biasanya kami tak makan dekat dewan makan. Bergantung kepada menu. Kalau kuih-muih dan segala benda yang boleh ditapau, kami tapau makan kat asrama. Kalau mee sup, kami memang tak layan. Rasa penyapu.

Pukul 11-12 malam di asrama merupakan waktu perdana bagi kebanyakan pelajar. Masa ni lah junior-junior nak pergi basuh baju brader-brader, nak urut kaki, nak kena pukul, nak kena pakai spender dekat kepala, dan nak macam-macam lagi. Itu waktu hari bekerja. Kalau hari minggu, double dia punya letih jadi junior. Kerja sekolah memang tolak tepi. Esok pagi baru sibuk-sibuk tiru dalam kelas.

Aku dan 'the dickheads', kami memang tak berapa ambil port hal-hal remeh macam tu. Kami ada agenda yang lebih besar. Biasanya, waktu orang lain tengah sibuk melakukan rutin harian, kami melepak di koridor belakang. Ya, kami sedang hisap rokok lagi. Kalau kau perasan, itu baru rokok kedua kami. Punyalah susah nak hisap rokok dekat asrama!

Di samping hisap rokok, kami akan bercerita tentang hal-hal politik yang ringan, hal guru muzik yang mencabul pelajar, hal pelajar perempuan mana yang tak puasa, hal pecah dewan makan dan macam-macam hal lagi, sambil menghirup kopi Aik Cheong panas hasil pow junior-junior yang jenis makanan ringan ada separuh loker. Kalau nasib kami baik, kami sedang minum Milo 3 in 1, ataupun Nestum. Biasanya, kalau kami sedang lepak belakang koridor, akan ada sekurang-kurangnya 2 orang junior yang taat sedang cover line kat depan dorm. Tugas mereka senang, kalau nampak warden round, atau barua-barua berkeliaran, ketuk tingkap 3 kali. Bila dengar bunyi amaran, kami akan berterabur lari.

Junior-junior yang taat ini, aku yakin dan pasti, mereka sedang lakukan perkara yang sama aku lakukan dulu. Well done! Ha ha ha. What the hell dude, it's nature. Life's a circle.

Dan tanpa aku sedari, sudah 4 batang rokok aku habiskan sepanjang menulis catatan ini. 4 batang rokok yang tiada cabaran. Tiada kejar mengejar. Tak ada barua nak report. Tak kena lempang dengan warden. Tak kongsi dengan siapa-siapa.

Aku rindu cabaran yang dulu.

Ha ha ha.

10 comments:

Budak Setan ! said...

lepas lu tulis entri ni,pengetua baru da renovate koridor belakang jd balai polis...

lu rase sape y repot ni?

rozmey sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
ashraf sahdan said...

pyol,
gua rasa budak bilik tony tu. apa nama tah gua dah lupa. nampak macam ikhlas je cover line, barua jugak tu. cilake. ah gua lupa sungguh nama dia.

rozmey,
gua peduli apa. lu macam malaikat ke sekolah dulu?

jo said...

bila gua fikir balik benda jahat zaman dulu, gua akan fikir macam manalah anak gua lahir karang. mungkin dia akan jadi lebih dahsyat dari kita. life's a circle..

macam mana mael. gua ni memang dah tahap patut kawen ni..haha...

sarah said...

adventure giler! cool jugak kalau duduk asrama ni.

.Gory. said...

Tapi, kalau ada pengawas baca ni, abis la lu kene masuk bilik Asrol esok.

ashraf sahdan said...

jo,
a'ah la jo. makin lama makin macam emak-emak dah gua tengok lu ni.

sarah,
adventure, cool, panas baran, dan macam-macam lagi. ha ha ha.

gory,
Asrul tak apa, boleh kawtim lagi..errr, shhh. enough bersembang pasal warden. karang lagi sekali kecoh....

asip محمد said...

cik n*r**za gh***li ada follow kau kot? kah3

ashraf sahdan said...

woi sensitif laa, jangan cerita pasal warden, lagi-lagi ratu segala warden.

ada CCTV di setiap helai daun. kahkahkah.

unmatched fingers said...

huhu, mnarik2~ rindu nk supper cm dulu kale smbl tgk muke sorang2 ngadap tv tgk emil emilda dlu
haha