August 02, 2010

read my mind : day 1

Tahun ni punya pesta konvo, universiti ni buat battle of the band. Tak macam tahun lepas, acoustic session. Bosan. And last time, the results were not very good for us(8/22-23 bands. It was good actually, for a first timer. Ha ha ha). Tahun ini, sekali lagi kami mencuba nasib. Kalau dulu GFY(telah dibubarkan), kini kami kembali dengan beberapa line up baru dan nama band yang baru, CORRECTAMUNDO.

Posisi 2nd guitar diambil alih oleh Fahmi, menggantikan Mohd Haey yang mengisi kekosongan lead guitar yang ditinggalkan Zakba. Arep Zul is on drums, dan aku sebagai bassist yang comel. I'm still learning to love it more than I love the turntables actually. He he he. Frontman, pada pendapat aku, memang tak ada masalah. Nik Afiq ni gaya ada. Jambang lebat. Suara pun sedap. Bila menyanyi ada slang Brit, bila bersembang dengan makwe, slang Kelantan. And this time, kami meminjam khidmat Taro dari kumpulan Khottal, as our keyboardist.

Kalau tahun lepas kami mempertaruhkan lagu daripada Albert Hammond Jr. dan juga Butterfingers, tahun ni kami mahu mencuba nasib dengan lagu The Killers dan Morrissey. We do have our own songs actually, tapi untuk BOTB yang bakal tiba tak lama lagi ni, which is this weekend, biarlah kami simpan dulu lagu ni. Lain tahun karang baru main. Ha ha ha.

Untuk mengundi kami, taip Correctamundo-jarak-3 5 10 dan hantar ke 32999.

Shit. Correctamundo? Kenapa sampai 5 suku kata? Susah gila nak sebut laju-laju.



5 comments:

macha_sezs said...

bagus bagus. bagi hip sikit. baru la sedap sikit aku nak naik pentas.

keh keh keh

jo said...

peh. ada rekod kalu kasi up. bagi gua komen.

sarah said...

selamat maju jaya yek correctamundo.

.Gory. said...

pergh, pinjam Khottal. boley main worldstage taun depan.

ashraf sahdan said...

he he he. tengok je laa nanti apa benda jadi..