August 31, 2010

Konsert Merdeka Pertama Dan Terakhir Saya

Tadi, sedang aku menyemai sikap patriotik dengan melayan lagu-lagu kemerdekaan di Youtube, tiba-tiba aku teringat video ni.

This was taken back in August, 2007. Malam merdeka. Konsert pertama (Actually, ini yang kedua. The very first time aku perform ialah, waktu Form 2, tahun 2004. Main lagu skinhead waktu Hari Guru. Ha ha ha. Macam setan), dan terakhir aku, untuk merdeka.

Okay, layan dulu.



Konsep kami pada malam itu ialah world music. Sebab tu kami combine kan lagu Sudirman dengan instrumen-instrumen yang berat ke nasyid kontemporari. Peh.

Sepatutnya, lagu Sudirman ni kami main dengan tempo yang serupa dengan lagu original. Tapi disebabkan pemain percussion kami seorang tertido di asrama, dan seorang lagi cirit birit sebelum persembahan, maka lagu ini dah jadi mellow meleleh-leleh tak tentu pasal. Kami secara random dan terdesak telah memilih Mohd. Zaibir untuk menggantikan Saodin sebagai pemain percussion. Mohd. Zaibir dipilih kerana dia mahir bermain kriket dan johan pertandingan loker tercantik 3 tahun berturut-turut. Lagi sorang bidan terjun kami ialah Bobeq. Ini kami tak pilih, dia yang volunteer. Masa tu memang pendam rasa nak tumbuk.

Gory pulak masa ni memang aku tak berapa berkenan dia main benda yang alah yang pusing-pusing pakai tangan tu. Dia punya pusing, lari tempo terus. Masa berlatih entah berapa kali kena tengking dengan Bobeq sebab tak masuk-masuk tempo. Elok sangat lah dengar cakap Bobeq, dua-dua bengap. Nader pulak, aku tak boleh nak ulas. Dia masa ni memang salah seorang pemain tamborin terbaik dekat Pahang. Dengar cerita, dia boleh tundukkan seekor lembu liar dengan ketukan tamborin. Gila babi terer.

Persembahan Tony pada malam itu juga amat tidak memberangsangkan. Ini kerana, sejam sebelum pertandingan, Tony mendapat berita bahawa budak junior yang dia tengah nak masuk line, nama Ainin Sofea kalau tak silap aku, dah couple dengan kawan sekelas dia. Tony down gila malam tu. Hampir-hampir dia tarik diri dari menyanyi. Masa ni Pyol pulak volunteer nak ganti Tony, tapi lepas kena hentak dengan kerusi besi ramai-ramai, Pyol hanya terbaring berlumuran darah. Tony kitorang umpan dengan bunga baru, nama Naemah ke apa entah. Terus datang balik spirit menyanyi dia.

Ahmad Nouri masa ni aku kasi dia can main gitar. Itu pun lepas dia merayu-rayu sampai melutut mintak aku pilih dia main gitar. Kalau ikut hati dan darah muda masa tu, aku kasi dia main mic stand je.

Aku, macam biasa. Disebabkan dalam 600++ orang manusia dekat Sekolah Sains Sultan Bola masa tu, seorang pun tak ada bakat untuk bermain bass, maka aku terpaksa menggalas harapan guru-guru dan warden tercinta. Jadi aku bertindak sebagai pemain bass. Masa ni, aku mengaku, ketar lutut. Maklumlah, perform depan pengetua, ketua jabatan, ketua warden, penyelaras tingkatan, segala jenis GPK yang ada, dan makwe yang ramai. Masa tu, rasa berdebar dia lain macam. Berdebar sampai rasa kalau silap kord, kena rotan dengan guru disiplin. Gila punya berdebar. Nak kena maintain cute tu lagi satu hal.

Okay. Shit. Ini hari saja, 3 biji entri pasal merdeka.


credits - Pyol(commentator), Payan(tukang rakam), Nemba(tukang upload), Ahmad Pais(backstage & sajak), Syed Hafeez(sebab menangis tengok kami perform). Budak-budak SEMSAS lain kalau gua tak sebut, jangan risau, lu orang semua memang stedi. Kecuali Bobeq.

7 comments:

sarah said...

omgeee...lagu warisan.. LIKE 1000X.

.Gory. said...

Ok, aku akui. Aku rasa aku tak patut ada atas tu. Haha

ace farhan said...

ha ha ha.falato gila.

Roronoa said...

bila pulak gua volunteer nk nyanyi same..
cilake..haha

gua rembat video ni haa...

idora ilyanee said...

haha, terbaek ar post nh
melebat x hbes

ashraf sahdan said...

sarah,
tajuk lagu ni Warisan ke? dari dulu I ingatkan tajuk dia Perwira.

gory/payan/pyol/idora,
hah apa lagi, bila mau reunion? kahkahkah.

syed hafeez said...

kapla babi! sikit pun gua tak menangis,nak hentak tony dengan gory lagi ada lah

Powered By Blogger