August 27, 2010

Kad raya

Tadi, ada satu kawan tanya alamat rumah aku. Dia mahu hantar kad raya katanya. Tanpa berfikir lebih daripada 10 saat, aku pun bagi alamat. Aku harap, dia tak hantar jin ataupun benda yang bukan-bukan.

Aku pun ada juga satu kad raya. Gila rare. Hand made. Aku yang buat sendiri. Kalau dekat kedai, aku rasa harga dia sama dengan kad raya yang ada lagu raya Sharipah Aini, polifonik.

Sebenarnya, aku tak sengaja terbuat kad raya tu. Semua Nik Afiq punya pasal. Itu hari, dia ada beli kertas warna banyak-banyak, untuk bikin anniversary card nak bagi kat makwe dia.

Romantik, konon.

Jadi aku pun duduk bersila depan Nik Afiq. Sambil bersembang dengan Nik Afiq, sambil aku pegang pisau. Kalau dia salah cakap sikit, senang aku rodok perut dengan pisau. Selepas lebih kurang setengah jam bersembang, aku dapati anniversary card dia telah pun siap. Tetapi, rupa-rupanya aku juga telah siapkan satu lagi kad. Disebabkan aku tidak menyambut apa-apa anniversary, maka aku namakan kad itu sebagai kad raya.

Sekarang, aku mahu pos kad raya ni.

Emelkan alamat, serta nama penuh adik perempuan kau.

7 comments:

daboo® said...

bagi terus dekat akulah. da lama ta dapat kad raya dari abg posto. terasa mcm kurang famous da :p

MOFASAD said...

hantar ke penjara pudu.

aku duk situ

jo said...

tahun ni, sekeping kad raya pun aku tak dapat mael.

L.e.y.h.a said...

terus pos kan aku je la...
no 4, jalan 11, taman cempaka sari, 42100, klang, selangor. boleh??? hahha

Budak Setan ! said...

lu xpayah susah2 pos..
gua dtg amek sndiri kad raya tu nanti...

ashraf sahdan said...

woi woi. aku ada satu je kad ni.

sekarang, aku akan consider sapa yang ada adik perempuan dulu. cepat.

ha ha ha.

ateeka amer said...

nakkkkkkkkkk :((