August 14, 2010

Fuck the rule!

Kalau jiran sebelah hantar juadah berbuka/bersahur, kau nak balas ke tak?

Kalau kau rasa tak tenteram, balas.

Aku, akan pulangkan pinggan kosong. Kalau jiran aku nak mengata tentang perangai hantar pinggan kosong aku dengan jiran-jiran lain, lantak dia.

Fuck it.

Aku tidak berpegang kepada kepercayaan 'balas-membalas juadah'. Kalau dia ikhlas nak bagi, dia takkan harapkan cekodok pisang yang diberi dibalas dengan kuih seri muka. Dan dia takkan berbunyi tentang itu dengan orang lain.

"Itu kan adat berjiran.."

Tentang adat dan adab berjiran, kita cerita lain kali.

Ini hal society yang telah mencipta satu adat yang dengan mata kasar, nampak memang baik, cemerlang dan mahmudah. Tapi hal ikhlas tak ikhlas pun mana boleh buat main. Kan?

No offense, kalau kau jenis yang suka bertukar juadah dengan jiran. Aku cuma bagitau pendapat aku.

Kalau kau tak setuju, aku lagi lah tak peduli. Aku yakin ada minoriti yang fikir sama macam aku.

10 markah untuk kita.

3 comments:

Koyuki said...

gua bagi full mark lah 100...gua setuju dgn lu..

ateeka amer said...

jiran sebelah rumah bagi apa? bubur lambuk yang amek kat masjid ke?

anisizatyA.J said...

My mom used to balas2 pinggan dgn jiran, pengat pisang la ape la..hmm wonder why they never do it anymore. Wonder who gave an empty plate back. Hehehe