July 23, 2010

Kalau you tak pandai masak pun tak apa, tapi jangan jadi macam ni, okay?

Masa : 9-10 malam

Situasi : Bangun daripada tidur petang yang hadkor(mimpi yang bukan-bukan)

Lokasi : Master bedroom di sebuah penthouse eksklusif di Melaka

Meter bosan : 9.6

Meter lapar : 10 solid

*****

Kesemua 8 ekor penghuni penthouse yang lain tiada di rumah. Ada yang balik kampung, ada yang pergi berlatih dikir barat, ada yang sesat dalam perjalanan balik daripada menurun nombor ekor di Sungai Putat dan macam-macam hal lagi. Yang tinggal hanya Naim, seorang lelaki Pendang yang mahir bermain gasing dan saya sahaja.

Dengan mata yang masih mengantuk, saya capai kotak rokok Red Apple di bucu meja solek yang sebesar meja snuker di sebelah katil saya. Dengan selimut 50% cotton, 25% polyster, 25% bulu beruang setebal 0.35 sentimeter itu masih membaluti sebahagian tubuh, saya bersandar di kepala katil, lalu menyalakan sebatang Red Apple sambil menikmati pemandangan malam hari bandaraya Melaka ikut tingkap. Sunyi. Tak banyak kenderaan lalu-lalang macam hari-hari yang lain. Hanya gelak tawa beberapa orang pelacur yang berkeliaran saja kedengaran kadangkala.

Naim yang dari tadi sibuk bermain gendang di ruang tamu, muncul di muka pintu lalu tersengih-sengih macam minta penampar. Saya yang sudah masak dengan perangainya, bukan perangainya sebenarnya...perangai mereka, menghulurkan kotak rokok kepada Naim. Dia tarik keluar sebatang rokok, lalu kembali bermain gendang. Ah, barangkali sebab bunyi gendang itulah tadi yang buat saya terjaga.

Tiba-tiba, saya terbau sesuatu dari dapur. Sesuatu yang harum, lazat, misteri dan membuatkan hati saya tak tenteram. Pada tekaan saya, itu adalah bau makaroni goreng keju dengan warna keemasan, ataupun makaroni taco. Antara dua itu saja. Saya tahu Naim yang tengah memasak. Tetapi, masakannya ternyata berbeza pada hari itu. Jika selama ini masakannya selain berbau hangit, hanyalah berbau pewangi tandas, tetapi tidak pada hari itu. Lalu, secara sangat automatik, saya terus memadamkan rokok dan bergegas ke dapur untuk menyaksikan sendiri kebenarannya, teknik memasak yang digunakan Naim itu.


"Weh, makan makan. Makaroni goreng mamak" pelawa Naim.


Chaitt. Dah la garam seketui tak hancuq..!!

7 comments:

Yuki Yusuf said...

kirim salam kat naim

[z@ck] said...

jenuh telan.
hahaha

jo said...

haha...boleh kena darah tinggi woi itu mcm kalu...

miss dila said...

moral of the story...don't judge the masakan/mknan by its bau..kah2

ashraf sahdan said...

koyuki,
dia takmau jawab, merajuk.

z@ck,
telan tak jenuh, dah telan baru jenuh cari air.

jo,
itu laa pasal. muda-muda kena darah tinggi memang laa tak stedi langsung.

miss dila,
yes, absolutely.

ashraf sahdan said...

mael: kepala otak hang mael, maki blakang2
jga hang nanti aku letak garamg dalam rokok hang baru hang ada akai.oww aku nk sepak punggung hang skrg jugak!

ashraf sahdan said...

cilake naim komen pakai profile aku. ni lagi nak kena penampaq pala baru ada akai..

Powered By Blogger