August 01, 2010

Fashion-concious

Jam 430 petang. Aku baru bangun tidur. Tidur yang sungguh lena. Kalau ikut format filem Inception, tidur yang macam tu, mimpi boleh pergi sampai level 9. Tapi malangnya tidur aku hari itu kosong. Tak ada mimpi langsung, kering ataupun basah.

Dengan gigi tak gosok, rambut berserabai, dan comel, aku sarung seluar pendek yang bersangkut di tombol pintu. Aku mahu keluar ke kedai runcit MBA Nasir, cari rokok. Kalau rajin, aku mahu singgah ke gerai Mak Merah, beli nasi bungkus. Aku capai kunci motor, lalu turun 5 tingkat ke bawah menuju parking tanpa bantuan lif ataupun eskalator yang sememangnya tidak disediakan. Shit.

Sampai di MBA Nasir, aku rasa macam ada something wrong dengan fesyen aku ke kedai petang itu. Yes, something very wrong and...

Holy dinosour!

Kenapa poket seluar pendek ni dekat depan?


4 comments:

Anonymous said...

fesyen zaibo la tu...

-org RTM-

tQa_elRic said...

FEsyeN Yg coOL JGAk

x smUA BRAni waT

=)

macha_sezs said...

Holy Dinosor!

+1.
Haha.

Robot Baik said...

sape kisah.
trend fesyen skrg pelik2.
tak der sape peduli.

barangkali dorang syak kau ni fashion victim.

holy cow!