July 13, 2010

Burung, Popcorn & Mat Magik.

Dua hari lepas, saya secara fizikalnya sudah ada di Melaka, dah habis cuti semester. Hari ini pula, setelah dua hari, barulah saya completely in Melaka, phisically and mentally. Biasalah, dua bulan cuti, bila dah balik, mesti ada homesick sikit-sikit. Ha ha ha.

Semalam, selepas setel hal-hal berkaitan pendaftaran dan segala bagai, tinggal lagi satu job yang belum setel ; mengemas bangkai burung yang mati di bawah katil. Burung tu pun satu hal, dalam banyak-banyak port, how on earth dia boleh mati bawah katil? X-files gila. Persoalan ini, saya terbawa-bawa sampai ke meja makan, and the answer is there is no answer! Selesai hal bangkai burung, saya pergi tengok wayang dengan Abun, Nik Afiq dan Naim. Kami pergi tanpa perancangan yang rapi dan terperinci. Semuanya bermula ketika kami sedang minum petang di Liyana(selain Infasha, Liyana juga adalah salah sebuah kedai makan yang sedap melepak), di mana secara tiba-tiba Nik Afiq memberi ide supaya kami pergi menonton wayang untuk menghilangkan kebosanan.

Menonton wayang, absolutely a nice way to overcome boredom, selain futsal dan apa saja yang kau rasa boleh kasi hilang bosan. Ya, apa-apa benda pun boleh kasi hilang bosan, tapi bergantunglah macam mana kau interpret sesuatu supaya kau tak bosan. Sesetengah individu, mungkin merasakan bahawa berbaring sambil main sms itu sangat fun dan tak bosan. Ada juga yang rasa mengecat jamban itu fun. Orang cakap apa, lain orang, lain citarasa. Macam saya, wayang dan bola, sudah cukup. Oh, dan popcorn.

Walau bagaimanapun, menonton wayang ni, dia boleh jadi tak menghilangkan bosan langsung, silap-silap jadi lebih membosankan, siap boleh tidur dalam wayang lagi. The rule is simple, buat pilihan filem yang tepat sebelum beli tiket. Contohnya macam ni, ada dua filem yang macam boleh harap tengah tayang, 'Mat Magik' dengan 'Eclipse'. Caranya, beli tiket Mat Magik.

Tapi itu lah, lain orang, lain citarasa. Damn you Abun & Nik Afiq!

4 comments:

jo said...

mat magik?
ni macam cerita pak mat tempe je weh?

Anonymous said...

cter apa tuh? tak pernah dengar pun. predators beh weh.

ashraf sahdan said...

Mat Magik adalah cerita yang selain daripada cerita puntianak Eclipse.

.Gory. said...

Nicolas Cage tu eyh?

Ke mat kacau?

Powered By Blogger