June 27, 2010

"Inside all of us is a wild thing"

berdiri dari kiri : Udin Ijai, Ali, tak ingat, Wan Jebeng, Apis Awang, Zahir, Mokhtar, Mizi, adik bongsu Brad Pitt, Cikgu Esah, Ujang, Lee Shidan, Azam, tak ingat, Ridzuan Rashid, Apis Rahim.
duduk dari kiri sampai kanan : semua tak ingat.

Tahun 1996, adalah antara tahun paling banyak main dalam hidup saya. Walaupun kali pertama mengenal apa itu sekolah berlaku pada tahun 1996, namun sebagai seorang budak tadika, kerja sekolah tidaklah begitu menghiburkan jika dibandingkan dengan permainan sensasi Lego.

Di tadika, masa yang paling seronok adalah masa makan sarapan ramai-ramai. Seingat saya, sepanjang bertadika, hanya 14 kali saya menjadi pembaca doa makan. Selebihnya didominasi oleh Ujang, kalau tak silap. Dia ketua kelas, tengok songkok pun dah tau. Wan Jebeng pula, bila Cikgu Esah suruh baca doa, dah pandai menyorok belakang pintu. Bila Cikgu Esah tarik keluar, mata dah berair. Terus orang lain yang kena baca.

Tukang masak kami bisu. Betul. Nama dia Azmi Rhoni. Orang kampung panggil Makmin sebab dia tak macam lelaki sangat, dia lembut sikit, hmm...lembut banyak sebenarnya. Dia jiran depan rumah Wan Jebeng. Sebenarnya saya tak pasti dia adalah tukang masak sebenar ataupun tidak, tapi dia memang kerja belah-belah dapur dekat tadika tu. Ada satu hari, masa tu menu kami bihun goreng. Semua orang kena makan pakai sudu. Masa tengah makan, tiba-tiba Mokhtar menangis sebab dia tak pandai makan pakai sudu. Cikgu Esah saya tengok nak marah pun macam tak sampai hati. Last-last Mokhtar makan bihun, Makmin suapkan, pakai tangan yang berurat.

Tahun 1996 ni juga, selain penuh dengan kegembiraan dan keseronokan, ada juga kemurungan yang pernah menghantui saya. In the middle of the year, for the very first time, I've been dumped by a makwe. Dan lahanat itu ada dalam kalangan budak-budak selekeh yang duduk berterabur dalam itu atas punya gambar.

Ok, masa tadika, stended laa makwe selekeh, pakwe cute. Kan?

6 comments:

amaL said...

haha. kau dengan cikgu esah jugak ha?

betul ke nama makmin tu azmi rhoni? i mean, rhoni tu betul ada ke?

ashraf sahdan said...

entah, sebelah rumah kau kan? pergi lah tanya dia sendiri.

Miss ... said...

masa tadika mmg best cuma bkn pakwe2 ke selekeh yg girl2 la cute time tu ekeke

.Gory. said...

lu yang mane satu?

kalau tak keberatan, tunjuk sekali yang mane satu dumped lu, and ape apdet terbaru makwe tu. sekian.

jo said...

haha..kecikkecik lagi dah tak layak jadi pakwe yang bagus..

Anonymous said...

bawak bersabar mael..
cinta memang mcm tu..
selagi xbuat video romen,makwe ni mmg pandai melawan sket..

-0rg RTM-