April 10, 2012

Siri Bercakap Dengan Darjah 6: Taekwondo

Hari Ahad haritu aku pergi rumah abang aku kerana ada beberapa urusan bisnes yang perlu diselesaikan.

Masa aku datang tu, Jebat tak ada kat rumah. Mak dia cakap, dia pergi kelas taekwondo.

"Taekwondo? Kah kah kah kah kah kah kah", aku ketawa.

"Ko apahal gelak?", Mak Jebat tanya.

Aku terus diam.

Alang-alang aku dah datang sana, rugi rasanya kalau aku pulang dengan tangan kosong. Lebih baik aku tunggu Jebat balik, dapat jugak buat tombstone piledriver sekali. Lagipun dia dah ada taekwondo sekarang, mesti ada fight sikit kalau berlawan.

Setelah lebih kurang beberapa jam dekat sana, akhirnya Jebat pun pulang dari kelas taekwondo naik basikal.

"Assalamualaikum", Jebat memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.

Belajar berlawan tapi pergi kelas naik basikal. Tak Tekken 3 langsung!

"Eh, acu ada.", kata Jebat selepas nampak aku tengah membaca surat khabar. "Kita ada taekwondo sekarang tau. Tali pinggang hijau dah ni. Nak lawan ke?", sambung Jebat sambil buat kuda-kuda taekwondo. Macam gampit.

As an uncle, yang cute of course, amatlah tak patut kalau aku tak layan permintaan Jebat tu. Tapi memandangkan aku tengah baca satu berita sedap masa tu, aku kurang berminat untuk berlawan. Jadi aku pun cakap, "Apahal kau ni? Acu lawan kau pakai sebelah tangan je tau?", dan sambung baca surat khabar.

"Ooo berlagak. Ok. Jom laa.", kata Jebat, masih dalam posisi taekwondo, sambil slowly mengelilingi aku yang sedang membaca surat khabar.

Tiba-tiba...

"Jebaaaaat. Kasut sekolah dah kapur belum? Pergi kapur kasut tu cepaaat!", terdengar satu jeritan padu dari dapur.

"Iyeee Umi", jawab Jebat lemah lembut sambil tersengih-sengih.

Masa dia kapur kasut, aku serang hendap daripada belakang. Yes!

April 06, 2012

Aku tak peduli!

Aku tak kira! Aku tak peduli! Sebagai harapan terakhir umat blogspot, aku tak peduli, aku nak update jugak harini walaupun taktau nak tulis apa. Aku tak peduliiiiiiiiiiiiiiiiii!

Muahaha power gila entri.

April 05, 2012

Halangan

Dulu, aku suka menulis sebab aku suka membaca. Sekarang, aku masih lagi suka menulis, tetapi aku sudah kurang membaca. Aku sangat takut jika aku sudah tidak minat lagi untuk menulis. Yes, seperti kata seorang rakan, kita seharusnya berasa takut apabila kita sudah hilang rasa cinta pada perkara yang kita suka buat.

Untuk mencipta atau menulis sesuatu benda yang baru, kita perlukan idea. Idea ini pula biasanya terbahagi kepada dua.

Yang pertama, idea yang diperolehi dengan cara berfikir. Berfikir macam orang gila. Isolate diri kita daripada masyarakat, duduk dalam gua, berkurung dalam bilik, dan berfikir sampai berbuih mulut. Cara ini amat berkesan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dan biasanya memberi kita banyak idea yang average.

Yang kedua, idea yang datang secara tiba-tiba. Jenis ini, kita tak perlu perah otak untuk cari, dia datang sendiri. Sambil main stapler, sambil menggubah bunga, sambil menyanyi, tiba-tiba dia spark sekejap je dalam kepala. Kadang-kadang kita tak perasan pun dia datang. Kalau kita perasan pun, kita ingat itu benda bodoh dan tak perlu diambil berat. Kemudian bila kita nak ingat balik, barulah kita teringat bahawa kita sudah lupa apa benda yang spark tadi. Idea jenis ini biasanya lebih kepada tak masuk akal, tetapi brilliant.

Namun begitu, terdapat juga halangan-halangan dalam melaksanakan idea-idea yang telah dijana ini. Contohnya macam ini lah. Aku sebenarnya panjang lagi aku nak tulis ni, tapi apakan daya, aku tidak mampu.

Mengantuk siot.

April 04, 2012

Siri Bercakap Dengan Darjah 6: Permanent

Sejak aku kerja ni, lama betul aku tak jumpa Jebat. Sampailah baru-baru ni aku dapat berita terbaru pasal dia. Mari kita ikuti perbualan Jebat dengan Uminya (He calls his mother 'Umi'. How soleh is that? Ha ha).


"Umi, apa maksud 'temporary'?" Jebat.

"Semua nak tanya. Pergi tengok kamus lah." Umi Jebat.

Selepas mencari maksud 'temporary' dalam kamus, Jebat kembali mendapatkan umi dia.

"Dalam kamus tulis, 'impermanent'. 'Impermanent' tu sama dengan 'not permanent' kan umi?" Jebat tanya lagi.

"Yes. Ok now what is 'permanent'?" Umi Jebat tanya pulak.

"Marker pen.", Jebat jawab.

"What??!!" Umi Jebat.

"Eh, dakwat kekal?" Jebat.

"Kepala hotak kau." Umi Jebat.

Dan bebelan itu berterusan dari CSI Miami start, sampai cerita tu habis.

Seatbelt

Pada suatu hari, aku pergi lepak minum dengan Deus dan Tibet.

Hala balik, masa dalam kereta, aku pakai seatbelt. Sambil itu, aku turut berpesan kepada Deus, "pakai seatbelt tu, Deus", dengan sedikit nada garang.

Tibet di seat belakang masih leka bermain sms. Dia tak tahu ke kalau berlaku eksiden, orang di hadapan boleh dihentam dengan impak sebanyak 2.4 tan daripada penumpang belakang yang tak pakai seatbelt?

Tapi masa tu dia duduk belakang Deus, so aku tak kisah sangat.

"Ye la ye la. Kau ni skema lah Don. Bukan ada polis pun", jawab Deus sambil tarik seatbelt.

"Eh, aku ni bukan kisah sangat ke polis, Deus. Aku pentingkan keselamatan", aku jawab. "Kau nampak Excavator tepi jalan tu? Haa aku kalau naik benda tu pun aku pakai seatbelt tau", aku sambung.

Deus dan Tibet mengangguk serentak tanda kagum.

Aku terus bukak tingkap bakar rokok.

March 24, 2012

Ceria Tetapi Berbahaya.

Shahrul Naim, dalam kalangan kawan-kawannya, dia memang dikenali sebagai seorang ceria dan suka ketawa. Ketawa dia pula ada bermacam-macam jenis. Tapi yang menjadi favourite saya adalah ketawa dia yang berbunyi 'ark ark ark'. Macam burung gagak. Volume full pulak tu. Kalau dekat kedai makan, memang semua orang pandang bila dia start ketawa macam tu. True story. Dan apabila Shahrul Naim tidak ketawa, dia akan senyum. Sambil main bbm senyum, sambil main twitter senyum, sambil gigit straw pun senyum. Ceria bukan Shahrul Naim ni?

Namun begitu, janganlah terpedaya dengan keceriaan Shahrul Naim ini, ladies (and lelaki lembut too), sebabnya, selain tak reti kontrol volume ketawa, dia juga tak pandai mengawal kentut dengan baik, especially timing. Teringat saya pada kejadian awal tahun lalu, ketika saya dan beberapa rakan yang lain (termasuk this dick Shahrul Naim), kami berkelah di suatu tempat yang terpaksa dirahsiakan. This dick, ketika kami yang lain sedang bersembang dan bercerita tentang azam baru masing-masing, dia dengan selamba telah melepaskan angin dari celahan duburnya itu, tanpa warning kepada manusia lain. Yang paling menakjubkan, ketika melakukan perkara itu, dia tidak memerlukan pergerakan tambahan, i.e angkat punggung or what, dan sistem badannya tidak ada delay langsung, even 0.1 seconds. Sangat lancar dan padu, sehinggakan dia dapat mengikuti topik yang kami sembangkan tanpa hilang fokus langsung. And for the sake of ayam barbecue malam itu, Shahrul Naim melakukan perkara itu dengan kuantiti yang banyak dan berterusan untuk jangkamasa 5 minit. Not to forget, dia lakukan aksi itu, dalam posisi meniarap, dan kami yang lain either tengah baring, or duduk.

Obviously dia sorang je yang selamat, kami yang lain mungkin mengalami keguguran anak, atau mati muda akibat radiasi.

March 22, 2012

Chopstick

Pada suatu hari, aku berasa sungguh boring lantaran kehidupan aku berputar dengan rutin yang sama setiap hari.

Aku mundar-mandir dalam keadaan boring itu. Disebabkan aku percaya bahawa rokok adalah salah satu elemen macho, jadi aku mundar-mandir dengan rokok di tangan.

Aku fikir, mulai hari itu, mesti ada kelainan yang perlu dilakukan dalam rutin harian aku supaya dapat mengurangkan level boring.

Tiba-tiba, *ting (muncul imej mentol di kepala) aku telah mendapat satu idea, lalu aku pun berjalan ke dapur bagi melaksanakan idea tersebut. Sambil berjalan ke dapur, aku sempat singgah di akuarium atas televisyen untuk memberi ikan makan.

Sampai saja di dapur, aku terus pergi ke rak pinggan mangkuk untuk mencari sepasang chopstick. Dengan sekali capai saja, chopstick kini sudah berada di tangan aku.

Tanpa membuang masa, aku terus mengepit rokok di tangan aku tadi dengan kedua chopstick tersebut.

Dengan mengisap rokok menggunakan chopstick, aku tidak lagi boring. Ya, ia berkesan, walaupun untuk masa yang singkat.
Powered By Blogger